Paus dan jerung Rembat 453.3 juta tokens Dalam Masa seminggu

Setelah sekian lama harga tidak berganjak, pada hujung minggu lalu XRP melonjak ke $1.19, paras tertinggi sejak 2021, sebelum kembali semula ke sekitar $1.10.

Ini merupakan 100% peningkatan dalam harga token ini sepanjang minggu lalu, mencerminkan kembalinya minat kepada aset digital ini berikutan kemenangan Presiden Donald Trump dalam pilihan raya AS baru-baru ini.

Xrp Chart Harga 19nov24

XRP adalah antara mata wang kripto utama yang dijangka akan mendapat manfaat di bawah pemerintahan Presiden Trump yang di ketahui umum adalah penyokong kuat crypto dan inovasi yang berkaitan.

Pemerhati percaya perselisihan XRP yang berterusan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat ini dan berpotensi mendorong lebih banyak pelaburan runcit dan institusi ke dalam aset tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Ripple Brad Garlinghouse berkata:

“Pasaran telah Memberi Respon terhadap kemenangan Trump— (menjadikan kripto lagi hebat?! MCGA!) Kongres yang Baru akan memastikan inovasi AS mendapat Penjelasan peraturan yang sepatutnya.”

Sementara itu, platform risikan pasaran Santiment menegaskan bahawa rally baru-baru ini bertepatan dengan aktiviti pembelian yang ketara daripada ‘ikan paus’ dan ‘jerung’ XRP—pemegang antara 1 juta dan 100 juta token

Sepanjang minggu lalu, kumpulan ini telah mengumpul 453.3 juta XRP, bernilai sekitar $526.3 juta .

Selain itu, data dari Coinglass menunjukkan bahawa XRP juga menarik minat baru dari institusi kewangan, perkembangan ini boleh dilihat di Exchange XRP Futures Open Interest, yang kini telah mencecah $2 bilion.

Open Interest

Peningkatan ketara dalam Open Interest biasanya menandakan spekulasi yang meningkat, membawa kepada turun naik yang lebih besar apabila kedudukan berleveraj bertindak balas dengan lebih mendadak kepada perkembangan pasaran.

Artikel Berkaitan

Singapura Ambil Langkah Tegas Berhubung Dagangan Crypto Runcit

Bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS), telah menerbitkan laporan maklum…

President baru argentina Javier Milei cadang Gantikan Peso dengan bitcoin

Cari Jalan penyelesaian alternativ untuk atasi kadar inflasi yang tinggi di Argentina…

Presiden Trump Ada Simpanan crypto

Dompet Ethereum yang didedahkan Trump mempamerkan pegangan yang dianggarkan sekitar $250,000. Donald…

Worldcoin Bayar Pengguna Baru di Hong Kong $60, Tetapi di Indonesia Hanya $15

Worldcoin telah mengumpulkan ratusan pengguna di Hong Kong walaupun terdapat kebimbangan mengenai…