Presiden El Salvador Nayib Bukele berkata portfolio bitcoin negara itu kini Mula untung selepas Harga Bitcoin Naik Mencecah USD $41,000
Negara kecil Amerika Latin itu membuat keputusan untuk mengitiraf Bitcoin sebagai mata wang sah pada September 2021. Sejak itu, El Salvador juga mula membeli bitcoin secara berkala.
Walaupun jumlah bitcoin terkumpul setakat ini agak kecil — menurut Bukele, portfolio negara itu kini bernilai kira-kira US $131 juta.
Pada tahun lepas, dengan penurunan harga bitcoin dan keseluruhan mata wang crypto, nilai portfolio El Salvador jatuh secara mendadak, menyebabkan sesetengah pihak mempersoalkan kebijaksanaan strategi fiskal Bukele.
Namun setelah terbukti pelaburan El Salvador mula membuahkan hasil. Presiden Bukele yang sangat popular di negara itu meminta pengkritiknya memohon maaf atas kritikan masa lalu terhadap tindakannya menggunakan dana kerajaan untuk membeli bitcoin untuk negaranya.
“Adalah penting bahawa pengkritik-pengkritik itu menarik kembali kenyataan mereka. Perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan ialah mereka mengeluarkan penarikan balik, memohon maaf, atau, sekurang-kurangnya, mengakui bahawa El Salvador kini menghasilkan keuntungan.”
“Pelaburan bitcoin El Salvador adalah dalam keadaan menguntungkan. Dengan harga pasaran bitcoin semasa, jika kami menjualnya sekarang, kami bukan sahaja akan mendapatkan 100% daripada pelaburan kami tetapi juga mendapat keuntungan.”
-Presiden Nayib Bukele
Dia menambah, pelaburan El Salvador dalam Bitcoin adalah strategi jangka panjang dan pihak kerajaan El Salvador tidak akan menjual Bitcoin yang berada dalam simpanan negara buat masa terdekat ini.