Cari Jalan penyelesaian alternativ untuk atasi kadar inflasi yang tinggi di Argentina
Javier Milei telah berikrar untuk menamatkan krisis ekonomi negara yang berulang, kemiskinan yang meningkat, ketegangan sosial dan hyper-inflasi yang kini teruk melanda Argentina. Kadar inflasi Argentina telah meningkat ke paras 143%.
Sebagai sebahagian daripada dasar ekonomi radikal yang telah dicadangkan setakat ini, Milei telah menyatakan bahawa Bitcoin dan mata wang crypto akan menjadi instrumen utama untuk memulihkan ekonomi negaranya.
Milei juga beranggapan sistem kewangan crypto sebagai alat penting dalam menangani ketidakcekapan dan rasuah sistem kewangan berpusat.
Selepas Milei berjaya untuk menjadi peneraju ekonomi kedua terbesar di Amerika Selatan pada hari Ahad lalu, harga bitcoin melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun setengah dan hampir mencecah $38,000.
Javier Milei dengan mesin gergaji sewaktu berkempen untuk pilihanraya president Argentina 2023. Milei yang baru 3 tahun menjadi ahli politik menjadi popular kerana lantang menyuarakan retorik anti kapitalism.
Menurut pakar analisis firma crypto Grayscale dan Coinbase, perkembangan di Argentina ini adalah sangat positif untuk masa depan kewangan crypto seluruhnya.
Jika Argentina terus dengan perancangan ini maka ia akan menjadi negara kedua di Amerika Selatan selain El Salvador yang menggunakan Bitcoin sebagai matawang yang sah di negara itu.