Senator Pro Crypto Dari Ohio itu dipilih Sehari Sebelum Konvesyen Republikan 2024 Bermula
Bekas Presiden Donald Trump, calon Republikan yang dianggap sebagai pemimpin Amerika Syarikat, mengumumkan beliau memilih Sen. J.D. Vance (R-Ohio) yang diketahui umum mesra crypto sebagai calon naib presidennya.
“Selepas berbincang dan berfikir panjang, dan mempertimbangkan bakat luar biasa ramai yang lain, saya telah memutuskan bahawa orang yang paling sesuai untuk menyandang jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat ialah Senator J.D. Vance dari Negeri Besar Ohio,” tulis Trump pada aplikasi media sosialnya TruthSocial.
“J.D. mempunyai kerjaya perniagaan yang sangat berjaya dalam teknologi dan kewangan, dan kini, semasa kempen, akan memberi tumpuan yang khusus kepada orang-orang yang beliau perjuangkan dengan cemerlang iaitu pekerja dan petani Amerika di Pennsylvania, Michigan, Wisconsin, Ohio, Minnesota, dan jauh di luar.”
Di Polymarket peluang untuk beliau dicalonkan sebagai naib presiden meningkat kepada 70% pada hari Isnin, ia adalah yang tertinggi di kalangan semua pesaing.
Pengarang buku “Hillbilly Elegy” dan juga seorang venture capitalis yang berjaya, beliau adalah pilihan yang baik di kalangan pemimpin dalam ruang crypto memandangkan usahanya sebelum ini untuk membawa undang-undang yang lebih jelas dalam mengawal selia aset digital.
Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum dan Senator Florida, Marco Rubio juga dilihat sebagai calon yang berkemungkinan menjadi pasangan penyandang Trump, tetapi dilaporkan telah dimaklumkan awal Isnin bahawa mereka terkeluar daripada pencalonan.
Di Pendedahan Kewangan Senat pada tahun 2022 JD Vance mengakui beliau memegang diantara $100,000 dan $200,000 bitcoin.