Paxos Digital Singapore Pte Ltd menerima kelulusan awal secara-prinsip daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), lewat rabu kata jurucakap Paxos.

Entiti baru itu akan mengeluarkan stablecoin disokong US Dollar yang akan mematuhi rangka kerja kawal selia stablecoin yang dimuktamadkan Singapura baru-baru ini sebelum pindaan perundangan berkuat kuasa.

August lalu, MAS memuktamadkan rangka kerjanya untuk mengawal selia stablecoin, terpakai kepada stablecoin yang ditambat pada dolar Singapura atau mana-mana mata wang G10, termasuk US Dollar.

Semua Firma Crypto yang ingin stablecoin mereka di iktiraf sebagai “stablecoin terkawal MAS” mesti mematuhi rangka kerja tersebut.

Paxos ialah satu daripada hanya dua firma, di samping StraitsX yang mendapatkan kelulusan ini daripada MAS

Jurucakap Paxos berkata mereka akan membuat penjenamaan baru untuk stablecoin ini, kerana pelancaran dilakukan khusus dari Singapura.

Artikel Berkaitan

Singapura Ambil Langkah Tegas Berhubung Dagangan Crypto Runcit

Bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS), telah menerbitkan laporan maklum…

President baru argentina Javier Milei cadang Gantikan Peso dengan bitcoin

Cari Jalan penyelesaian alternativ untuk atasi kadar inflasi yang tinggi di Argentina…

Presiden Trump Ada Simpanan crypto

Dompet Ethereum yang didedahkan Trump mempamerkan pegangan yang dianggarkan sekitar $250,000. Donald…

Worldcoin Bayar Pengguna Baru di Hong Kong $60, Tetapi di Indonesia Hanya $15

Worldcoin telah mengumpulkan ratusan pengguna di Hong Kong walaupun terdapat kebimbangan mengenai…