Dalam catatan di platform media sosial X, pengasas bersama dan pengerusi eksekutif MicroStrategy Michael Saylor berkata firma itu telah membeli 16,130 BTC pada bulan November 2023.

Syarikat itu memperoleh aset digital itu pada harga purata US$36,785 setiap Bitcoin dengan jumlah harga pembelian sekitar US$593.3 juta.

Menurut Microstrategy dalam pemfailan baru dengan Suruhanjaya Sekuriti Dan Bursa, pembelian ini menjadikan jumlah pegangan Bitcoin firma itu kepada 174,530 BTC.

“Sehingga 29 November 2023, MicroStrategy, bersama-sama anak syarikatnya, memegang agregat kira-kira 174,530 bitcoin, yang diperoleh pada harga pembelian agregat kira-kira US$5.280 bilion dan harga pembelian purata kira-kira US$30,252 setiap bitcoin, termasuk yuran dan perbelanjaan."

MicroStrategy telah melabur secara konsisten dalam Bitcoin sejak pertama kali membeli 21,454 BTC untuk harga individu sekitar $11,653 pada 11 Ogos 2020. Firma itu kini merupakan institusi pemegang terbesar mata wang crypto Bitcoin.

Artikel Berkaitan

Singapura Ambil Langkah Tegas Berhubung Dagangan Crypto Runcit

Bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS), telah menerbitkan laporan maklum…

President baru argentina Javier Milei cadang Gantikan Peso dengan bitcoin

Cari Jalan penyelesaian alternativ untuk atasi kadar inflasi yang tinggi di Argentina…

Presiden Trump Ada Simpanan crypto

Dompet Ethereum yang didedahkan Trump mempamerkan pegangan yang dianggarkan sekitar $250,000. Donald…

Worldcoin Bayar Pengguna Baru di Hong Kong $60, Tetapi di Indonesia Hanya $15

Worldcoin telah mengumpulkan ratusan pengguna di Hong Kong walaupun terdapat kebimbangan mengenai…