Menolak rayuan untuk selesaikan kes di luar mahkamah
Saman itu difailkan pada September 2022 oleh Julian Moreno Beltran, warganegara Sepanyol, dan Douglas Gan, warga Singapura, bagi pihak 375 yang lain.
Do Kwon pada mulanya mendakwa bahawa tuntutan saman tersebut harus diselesaikan di luar mahkamah, menggunakan timbang tara dan merujuk kepada klausa dalam laman webnya yang mengetepikan hak pengguna untuk perbicaraan atau tuntutan mahkamah.
Bagaimanapun, ini telah ditolak oleh penolong pendaftar mahkamah atas alasan terma klausa itu diletakkan di bahagian yang tidak jelas, tanpa usaha untuk menonjolkannya pada para pengguna laman web tersebut.
Kes itu adalah salah satu daripada beberapa saman yang telah difailkan terhadap Terraform dan pihak berkaitan berikutan kejatuhan token Terra Luna (UST) pada Mei tahun lalu.
Terraform ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura. Ia membangunkan dan mengendalikan rantai blok Terra, dan bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan memasarkan mata wang crypto Terra Luna (UST).
Do Kwon kini ditahan di Montenegro sambil menunggu keputusan ekstradisi ke Amerika Syarikat atau Korea Selatan.