Paras tertinggi semenjak April 2021
Peningkatan dalam aktiviti transaksi ini boleh dikaitkan dengan populariti inskripsi Ordinals, iaitu NFT bersandarkan blockchain Bitcoin, trend yang kelihatannya semakin berterusan.
Data dari BitInfoCharts, menunjukkan kos transaksi Bitcoin pada 17 Dec adalah US $37.43. Manakala transaksi yang tertunggak melebihi 300 ribu.
Jika kos transaksi ini kekal tinggi maka Bitcoin hanya sesuai untuk dijadikan aset pelaburan jangka panjang dan bukan pengganti wang Fiat yang di canangkan sebelum ini.
Walaupun mungkin sementara,Ini menjadikan ramai pengguna baru Bitcoin mungkin beralih ke Altcoin yang lain untuk transaksi harian mereka.
Kos transaksi tinggi ini hanya menguntungkan pelabur dan pelombong Bitcoin.
Laporan dari 10x Research mengatakan pelombong bitcoin, yang memperoleh BTC sebagai ganjaran memproses urus niaga blockchain, kini menjana kira-kira US$63 juta pendapatan harian daripada yuran transaksi atau US$23 bilion pada asas tahunan, hampir empat kali ganda daripada purata dua tahun.