SFC menyatakan urus niaga kripto yang dibuat oleh ETF tersebut hendaklah dijalankan melalui platform Crypto berlesen SFC atau institusi kewangan yang dibenarkan.
Hong Kong sedang bersiap sedia untuk memberi laluan bagi Spot ETF crypto, dengan pengawal selia kewangannya hari ini menyatakan bahawa ia bersedia untuk mula menerima permohonan.
Dalam pekeliling bersama yang diterbitkan hari ini, Securities and Future Commission (SFC) dan Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong, bank pusat de facto bandar itu, berkata kedua-dua agensi telah menyemak dasar sedia ada mereka untuk pengantara yang ingin terlibat dalam aktiviti berkaitan aset maya.
Berbeza dengan China yang mengharamkan perdagangan dan perlombongan mata wang crypto, Hong Kong mengalu-alukan kemasukkan firma-firma crypto dan malah menggalakkan bank tempatan untuk bekerjasama dengan mereka.
Sebagai tambahan kepada crypto Futures ETF sedia ada, SFC berkata ia “bersedia untuk menerima permohonan untuk mengizinkan dana lain seperti ‘Vitual Assets Spot ETF’.
Julia Leung, ketua pegawai eksekutif SFC Hong Kong, berkata pada bulan November bahawa pengawal selia menilai Spot ETF kerana ia mengalu-alukan “cadangan menggunakan teknologi inovatif yang meningkatkan kecekapan dan pengalaman pelanggan.”
Hong Kong setakat ini telah menyenaraikan beberapa Futures ETF seperti Samsung Bitcoin Futures Active ETF, CSOP Bitcoin Futures ETF dan CSOP Ether Futures ETF.