Harga USD$ 150. ini termasuk applikasi mobile, peranti perkakas dan pakej pemulihan Kekata kunci yang hilang
Bitkey menghapuskan keperluan untuk kata laluan atau ‘seed phrase’ yang rumit, salah satu langkah keselamatan dompet yang lazim digunakan oleh dompet crypto popular seperti Trezor atau Ledger.
Applikasi+peranti ini di bina dan dipasarkan oleh firma fintech Block.inc dan dilancarkan baru-baru ini oleh CEO nya Jack Dorsey yang merupakan bekas CEO dan salah seorang pengasas Twitter.
Bitkey membolehkan pelanggan membuat transaksi bitcoin melalui telefon mudah alih, manakala peranti perkakasan menyimpan aset mereka di luar talian.
Aplikasi dan peranti perkakasan membentuk dua daripada tiga kunci yang digunakan untuk menjamin keselamatan bitcoin pelanggan, dengan yang ketiga disimpan di pelayan Bitkey.
Kunci ketiga boleh digunakan untuk mengesahkan transaksi yang dibuat oleh pelanggan (jika mereka tidak mempunyai peranti perkakasan waktu melakukan transaksi) dan untuk memulihkan dompet mereka jika mereka kehilangan telefon bimbit, peranti atau kedua-duanya.
Penjagaan sendiri aset crypto menjadi keutamaan bagi pengguna berikutan keruntuhan dan penutupan pelbagai platform mata wang crypto berpusat seperti FTX, Voyager dan Celsius.
Berjuta pengguna mengalami kerugian besar apabila bursa dan platform berpusat yang pada awalnya nampak besar dan gah, rupa-rupanya bermasaalah dan di tutup secara mengejut.
Jadilah pengguna atau penyimpan crypto bijak, simpanlah aset crypto anda menggunakan dompet persendirian seperti Bitkey.