Kemungkinan cecah $100,000 sebelum hujung tahun
Aset itu melonjak kepada $97,000 buat kali pertama pada awal Rabu. Menurut data CoinGecko hampir $78 bilion dalam Bitcoin bertukar tangan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Keyakinan pelabur terhadap BTC terus meningkat setelah spot Bitcoin ETF mula berdagang di A.S. untuk BlackRock’s iShares Bitcoin Trust (IBIT).
Kontrak derivatif baru ini membenarkan traders membuat pertaruhan sama ada saham ETF akan meningkat atau menurun dan dengan jangka waktu.
Pada hari Selasa, hari pertama dagangan di Nasdaq, kontrak option baru menyaksikan $1.9 bilion didagangkan pada hari pertamanya.
IBIT mengikuti beberapa pemangkin kenaikan harga bagi aset itu tahun ini, termasuk kelulusan dana dagangan bursa spot A.S. daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan kemenangan Presiden Donald Trump dalam pilihan raya presiden.
Ramai penganalisis firma perdagangan crypto menyokong kepercayaan bahawa Bitcoin bukan sahaja akan mencapai $100,000 sebelum hujung tahun ini malah akan akan terus mengatasinya.