Bitcoin Sekali Lagi Mengatasi Ethereum dalam Pasaran NFT

Prestasi Bitcoin dalam jualan NFT amat kukuh, dengan peningkatan 122.16% berbanding minggu sebelumnya dengan jumlah keseluruhan US $276.79 juta.

Ethereum, walaupun masih popular di pasaran, menyaksikan pertumbuhan minggu ke minggu yang sederhana dengan hanya 0.93% dan jumlah keseluruhan US $99.67 juta.

Data menunjukkan pengaruh Bitcoin semakin menyerlah dalam sektor NFT pada minggu ini dengan blockhain Bitcoin mendominasi lapan daripada sepuluh koleksi teratas.

Jualan NFT paling mahal minggu ini adalah daripada blockchain Ethereum, dengan Fidenza #985 mencecah (125 ETH) lebih kurang US $277 ribu. Manakala NFT berasaskan Bitcoin, inskripsi Ordinal lukisan Van Gogh, bertukar tangan dengan harga US $263 ribu.

Sepanjang November dan dua minggu pertama bulan Disember, Bitcoin telah secara konsisten mengatasi Ethereum dalam jualan NFT, satu trend yang agak jarang berlaku dalam domain ini.

Artikel Berkaitan

Sleek Berjaya Raih dana $5 juta untuk rangkaian social berlandaskan Blockchain web3

Sleek platform rangkaian social Web3, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya…

President Trump Lancarkan Koleksi NFT Ketiganya ‘Mugshot Edition’

Peminat yang membeli 47 NFT kad Edisi Mugshot ini akan menerima secebis…