Peminat yang membeli 47 NFT kad Edisi Mugshot ini akan menerima secebis sut yang dipakai Trump untuk foto mugshotnya, bersama-sama dengan jemputan ke majlis makan malam gala di rumahnya di Mar-a-Lago.
Bekas Presiden A.S. Donald Trump mengumumkan pada platform media sosialnya Truth Social pelancaran koleksi kad NFT yang baru, memetik kejayaan koleksi token (NFT) nya sebelum ini.
Dalam video yang mengiringi pengumuman itu, Trump menjelaskan, buat pertama kali pihaknya telah mengeluarkan NFT bersama dengan kad Trump fizikal sebenar dan sebahagiannya akan di tandatangan oleh nya.
Setiap satu berharga US $99. Pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan matawang crypto.
Trump telah melancarkan dua koleksi token (NFT) sebelum ini. Pada Disember tahun lalu, dia melancarkan koleksi kad digital yang memaparkan seni kehidupan dan kerjayanya.
Koleksi kad digital NFT keduanya dilancarkan pada April 2023, iaitu 19 hari selepas dia didakwa dengan 34 pertuduhan jenayah kerana didakwa memalsukan rekod perniagaan.
Kedua-dua koleksi tersebut ‘Sold Out’.
Menurut dokumen rasmi di Washington ,sehingga bulan Ogos 2023 Trump menyimpan lebih kurang US $2.8 juta dalam dompet mata wang kripto nya, yang diperoleh daripada penjualan NFT nya sebelum ini.