Momentum pelaburan crypto semakin rancak
Mengikuti jejak Bitcoin yang memecahkan rekod harga tertingginya semalam, hari ini Solana menyusul dengan harga mencecah $261, paras tertingginya sepanjang 3 tahun.
Solana adalah salah satu Altcoin yang menunjukan prestasi baik sepanjang tahun ini. Aktiviti ekosistem nya menunjukkan peningkatan yang ketara dengan kenaikkan harga sehingga 155%.
Pengguna aktif melonjak hampir 1,500% dari awal tahun, dengan address barunya mencatatkan peningkatan sebelas kali ganda dalam tempoh masa yang sama. Untuk tahun setakat ini, aliran bersih protokol meningkat $1.6 bilion.
Aset yang pernah jatuh ke paras harga $9.99 pada December 2022 selepas kejatuhan FTX kini kembali rancak dan mula memukau pelabur baru.
Momentum untuk aset itu telah didorong juga oleh pemfailan minggu ini daripada Bitwise, VanEck, 21Shares dan Canary Capital untuk menerbitkan ETF dana dagangan bursa spot Solana.
Jika ETF ini diluluskan oleh SEC dan besar kemungkinan ia akan diluluskan, maka harga Solana akan terus meningkat naik.
Pakar seperti Geoffrey Kendrick, ketua penyelidikan aset digital global di Standard Chartered, berkata bahawa kelulusan ETF Solana lebih berkemungkinan di bawah pentadbiran Trump.
Baru-baru ini Standard Chartered mengunjurkan bahawa SOL boleh meningkat hampir kepada $700 menjelang akhir tahun 2025.