Dengan reka bentuk yang menarik Virtual G-Shock NFT ini berlandaskan blockchain Etherium

Syarikat elektronik Jepun Casio telah melancarkan koleksi eksklusif koleksi seni digital yang menampilkan jenama jam tangan ikonik G-Shock, dengan beberapa set insentif yang baru.

Set edisi terhad 2,000 karya seni NFT dalam sepasang reka bentuk “Virtual G-Shock” futuristik akan mula dijual untuk para pemegang G-Shock Creator Pass pada 16 – 18 Dec 2023 dan untuk pembeli baru pada 18 – 20Dec 2023.

Terdapat 1,000 edisi setiap satu dijual dengan harga 0.1 ETH, atau hampir US$227 setakat penulisan ini.

Ini menandakan percubaan kedua Casio menceburi ruang NFT berikutan debut G-Shock Creator Pass NFT percuma di rangkaian Polygon Ethereum pada bulan September lalu.

Pemilik Ethereum NFTs ini akan mendapat akses kepada pengalaman di belakang tabir eksklusif dengan Casio, termasuk lawatan ke Makmal Ujian Ketahanan G-Shock di Tokyo yang mempamerkan ujian ketahanan yang terkenal dengan jenama itu.

Pengumpul juga akan berpeluang menghadiri perbincangan meja bulat dengan pereka bentuk untuk mengetahui tentang proses kreatif di sebalik model Virtual G-Shock ini.

Menurut Oh Takahashi (Pengurus Besar Timepiece Casio), insentif khas untuk pengumpul ini menunjukkan semangat pihaknya untuk memperdalamkan penglibatan inovasi komuniti G-Shock Casio dalam kedua-dua alam digital dan fizikal.

Artikel Berkaitan

Bitcoin Pecah rekod lagi – Harga terus meningkat ke $97,000

Kemungkinan cecah $100,000 sebelum hujung tahun Aset itu melonjak kepada $97,000 buat…

Solana Melonjak ke $261 Mengatasi Harga Tertinggi 3 tahun lalu

Momentum pelaburan crypto semakin rancak Mengikuti jejak Bitcoin yang memecahkan rekod harga…

Singapura Ambil Langkah Tegas Berhubung Dagangan Crypto Runcit

Bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS), telah menerbitkan laporan maklum…

President baru argentina Javier Milei cadang Gantikan Peso dengan bitcoin

Cari Jalan penyelesaian alternativ untuk atasi kadar inflasi yang tinggi di Argentina…