Token bertemakan anjing itu akan disenaraikan di Coinbase.

Bonk yang berasaskan blockchain Solana melonjak 40% dalam tempoh 24 jam yang lalu selepas platform dagangan crypto terkemuka Coinbase (COIN) berkata ia akan menyenaraikan token itu pada Khamis ini.

Ini menjadikannya coin meme ketiga terbesar di belakang dogecoin (DOGE) dan shiba inu (SHIB ) untuk ditawarkan di platform Coinbase.

Penyenaraian di platform dagangan Coinbase selalunya membawa kepada peningkatan harga mendadak yang bersifat sementara kepada token baru.

Oleh kerana Coinbase amat selektif apabila memilih token untuk disenaraikan di bursanya.Penyenaraian ini seakan memberi legimatasi kepada project Bonk walaupun tujuan dan fungsi sebenar token itu masih belum jelas.

Harga dagangan BONK pada pagi Khamis adalah $0.000014 , dengan jumlah keseluruhan dagangan melebihi US$235 juta.

Token Bonk telah dilancarkan pada Disember lalu sejurus selepas kejatuhan (FTX) Sam Bankman-Fried.

Walaupun pada mulanya dicipta hanya sebagai meme coin, bonk mendapat sambutan pantas dalam ekosistem Solana.

Data CoinGecko menunjukkan harga bagi token bertema anjing yang lain juga naik dalam tempoh 24 jam yang lalu. DOGE melonjak 16% dan SHIB melonjak 10%.

Artikel Berkaitan

Solana Melonjak ke $261 Mengatasi Harga Tertinggi 3 tahun lalu

Momentum pelaburan crypto semakin rancak Mengikuti jejak Bitcoin yang memecahkan rekod harga…

Worldcoin Bayar Pengguna Baru di Hong Kong $60, Tetapi di Indonesia Hanya $15

Worldcoin telah mengumpulkan ratusan pengguna di Hong Kong walaupun terdapat kebimbangan mengenai…

Shibarium Lapisan-2 Ethereum Di Lancarkan

Rangkaian Shibarium yang memang dinantikan itu menyaksikan lebih 21 juta dompet terdaftar…

Blockchain Venom Mendaftarkan Satu Juta Dompet Digital Dalam Masa 3 Bulan

Pencapaian signifikan itu tercapai dalam jangka masa yang sangat singkat sejak pelancaran…