“Iran Unchained” melancarkan versi baharu platform gerannya untuk memudahkan sumbangan kepada aktivis di iran
Laman “V2” NGO itu ialah cabang dari platform bagi pengumpulan dana crypto Gitcoin yang membolehkan penderma di luar Amerika Syarikat mengetepikan had pengumpulan dana dan menghantar wang terus ke dompet crypto aktivis.
Iran Unchained telah dimulakan pada Januari 2023, beberapa bulan selepas kematian seorang wanita muda dalam tahanan polis yang mencetuskan protes besar-besaran rakyat terhadap penguasa Iran.
Pada 16 September 2022, Mahsa Amini Seorang wanita Iran berusia 22 tahun, juga dikenali sebagai Jina Amini, meninggal dunia di sebuah hospital di Tehran, Iran, dalam keadaan yang mencurigakan.
Dilaporkan awalnya dia telah ditahan oleh polis moral agama kerajaan iran kerana didakwa tidak memakai tudung mengikut undang-undang kerajaan.
Apabila berita ini tersebar Ia telah mencetuskan protes besar-besaran di seluruh iran yang mengakibatkan belasan ribu orang ditangkap dan beratus kematian.
-Rusuhan di Iran
NGO itu menyelaraskan permintaan dana daripada aktivis Iran dengan matlamat menyeluruhnya adalah untuk menggulingkan Republik Islam dan meletakkan kerajaan sekular sebagai gantinya.
Cabaran logistik untuk Iran Unchained ialah cara penghantaran wang dengan selamat kepada penerima di dalam negara Iran sambil melindungi mereka daripada di berkas dan juga menyediakan dokumentasi yang mencukupi kepada Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk meyakinkan mereka, dana yang dihantar bukan bertujuan untuk kegunaan pengganas.